Hari ini terasa sengal di tepi dagu sebelah kiri, sebelah yang limp node positif dengan kanser. Cepat terlintas di hati adakah sel kanser yang selama ini tidor dah terjaga dan kembali aktif.
Telah berlalu lima tahun hidup sebagai pesakit kanser. Banyak doa-doa yang dipohon semasa wukuf di Padang Arafah yang telah dimakbulkan ALLAH SWT. Maknanya ALLAH Maha Mendengar segala yang diadukan kepadaNYA. Setiap insan yang menjadi tetamuNYA membawa berbagai-bagai cerita dan kisah untuk untuk diadu dan dipohon kepdaNYA..
Selepas selesai mengerjakan haji dan kembali ke tanah air, kekuatan untuk melaksanakan ibadah sebagaimana semasa berada di tanah suci masih kuat tetapi kadang-kadang terdetik di dalam hati yang ianya makin menipis. Keimanan kepada ALLAH SWT mesti sentiasa dicari dengan melakukan ibadat dengan lebih istiqomah. Sukar untuk istiqomah dalam melakukan ibadah. Inilah kelemahan yang ada dalam diri ini. Melakukan ibadah sentiasa perlu dijana dengan berbagai cara seperti mendengar ceramah ugama membaca kisah-kisah balasan ALLAH SWT kepada manusia yang melakukan dosa, ziarah orang yang sakit
atau apa saja cara untuk melembutkan hati dan menangis takutkan azab AALAH SWT.
Sujudku kepada MU hanyalah kerana MU. Subhanallah
Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK
Wednesday, 26 October 2011
Friday, 14 October 2011
Bermulanya
Bermulanya hari ini dengan kewujudan blog sendiri. Dah lama berangan untuk mempunyai blog sendiri tetapi apa yang nak ditulis. Cukup dulu.
makcik TA
makcik TA
DUGAAN DATANG
Hari ini dugaan tiba-tiba datang. Rasa sakit yang amat sangat disebelah kanan perut. Dah lama tak rasa macam ni. Selepas disapu minyak panas rasa sakit semakin kurang dan tertidur. Sekarang dah ok. Syukur kepda ALLAH TAALA yang telah memberi kesembuhan. SESUNGGUHNYA TIDAK PENAWAR YANG MENYEMBUHKAN MELAINKAN HANYA DENGAN PENAWAR MU
Subscribe to:
Posts (Atom)