Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK

Tuesday, 27 August 2013

SUPERWOMAN

Kebanyakan wanita berkerjaya harini cuba menjadi superwoman. Mereka cuba untuk melakukan segala-galanya dan akhirnya terperangkap dalam masalah yang dicipta sendiri.

Kini saya banyak menerima keluhan daripada wanita terdekat yang mengadu walaupun anak dah besar tetapi masih mengharapkan ibu untuk melakukannya.

Perasaan ibu yang mendalam membuat ibu-ibu terlupa untuk melatih anak-anak untuk membuat kerja-kerja di rumah contoh membasuh baju, seterika baju, memasak, sapu sampah atau apa-apa yang mudah yang perlu ada kepada seorang manusia. Walau sehebat mana pun dia, dia perlu mempunyai kemahiran hidup.

Apabila anak-anak dah besar, ibu pula semakin tua dan kudrat telah berkurangan, masa ini si ibu akan bersungut keraan terpaksa melakukan kerja-kerja sedangkan anak-anak tidak membantu keran telah terbiasa ibu yang melakukannya.

Jadi, salah siapa, salah diri sendiri kerana tidak melatih anak-anak dari kecil

Fikirkan

Monday, 1 July 2013

Bersara

Entah mengapa keseronokan bekerja makin menurun. Kalau boleh hendak bersara sekarang juga tetapi memikirkan hati berkehendakan pencen 60% , maka terpaksa bersabar untuk berkhidmat sehingga bulan Oktober 2014 bagi mencukupkan 30 tahun berkhidmat.

Semua borang-borang dan dokumen telah lengkap dan telah diserahkan kepada Unit Pencen.Rasa tak sabar untuk berpencen

Tetapi harus merangka apa yang akan dibuat selepas berpencen. Keseronokan berpencen akan bertahan selama 3 bulan (dengar cerita orang pencen) sahaja dan selepas itu, kejemuan akan bertandang tanpa diundang. 

Di dalam hati macam-macam perkara hendak dibuat. Ada ketika nak mengajar budak-budak atau orang dewasa belajar Al Quran, ada ketika nak kerja dengan kontraktor, ada juga terfikir nak jual mee rebus dan ada lagi la.

Hati memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar proses berpencen akan berjalan dengan mudah dan tidak tertangguh oleh sebarang masaalah. Juga berdoa agar berpencen adalah keputusan yang paling tepat untuk baki kehidupan yang dah tak lama lagi .

Lama mana lagi untuk menghuni ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.




Saturday, 15 June 2013

BISIKAN HATi

Bulan Syaaban berkunjung lagi, bermakana Ramadhan juga akan menghadirkan diri. Hati berbisik setakat mana keimanan yang dijana dan dimanakan letaknya diri ini disisi Allah Subhanahuwataa'la.

Diri ini masih belum mampu secara istiqamah untuk bangun bertahajud,  melakukan solat sunat, puasa Isnin dan Khamis.

Ya Allah Ya Tuhan ku , bantulah aku untuk aku beribadat kepda MU

Wednesday, 24 April 2013

Kota Kinabalu

Alhamdulillah dengan nikmat yang dikurniakan. Makcik ke Kota Kinabalu kerana hadir satu mesyuarat yang diadalan di Promenade Hotel mulai 8 hingga 11 Oktober 2012


2013

Hari ini dah 24.4.2013, dah nak sambut hari jadi ke 50. Syukur dengan kurniaan Allah SWT