Entah mengapa keseronokan bekerja makin menurun. Kalau boleh hendak bersara sekarang juga tetapi memikirkan hati berkehendakan pencen 60% , maka terpaksa bersabar untuk berkhidmat sehingga bulan Oktober 2014 bagi mencukupkan 30 tahun berkhidmat.
Semua borang-borang dan dokumen telah lengkap dan telah diserahkan kepada Unit Pencen.Rasa tak sabar untuk berpencen
Tetapi harus merangka apa yang akan dibuat selepas berpencen. Keseronokan berpencen akan bertahan selama 3 bulan (dengar cerita orang pencen) sahaja dan selepas itu, kejemuan akan bertandang tanpa diundang.
Di dalam hati macam-macam perkara hendak dibuat. Ada ketika nak mengajar budak-budak atau orang dewasa belajar Al Quran, ada ketika nak kerja dengan kontraktor, ada juga terfikir nak jual mee rebus dan ada lagi la.
Hati memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar proses berpencen akan berjalan dengan mudah dan tidak tertangguh oleh sebarang masaalah. Juga berdoa agar berpencen adalah keputusan yang paling tepat untuk baki kehidupan yang dah tak lama lagi .
Lama mana lagi untuk menghuni ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.