Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK

Tuesday 27 August 2013

SUPERWOMAN

Kebanyakan wanita berkerjaya harini cuba menjadi superwoman. Mereka cuba untuk melakukan segala-galanya dan akhirnya terperangkap dalam masalah yang dicipta sendiri.

Kini saya banyak menerima keluhan daripada wanita terdekat yang mengadu walaupun anak dah besar tetapi masih mengharapkan ibu untuk melakukannya.

Perasaan ibu yang mendalam membuat ibu-ibu terlupa untuk melatih anak-anak untuk membuat kerja-kerja di rumah contoh membasuh baju, seterika baju, memasak, sapu sampah atau apa-apa yang mudah yang perlu ada kepada seorang manusia. Walau sehebat mana pun dia, dia perlu mempunyai kemahiran hidup.

Apabila anak-anak dah besar, ibu pula semakin tua dan kudrat telah berkurangan, masa ini si ibu akan bersungut keraan terpaksa melakukan kerja-kerja sedangkan anak-anak tidak membantu keran telah terbiasa ibu yang melakukannya.

Jadi, salah siapa, salah diri sendiri kerana tidak melatih anak-anak dari kecil

Fikirkan