Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK

Wednesday, 1 April 2015

GST

GST bermula. Kos bertambah segalanya naik. Harga kereta turun tetapi  orang miskin tidak mampu hendak  beli kereta.

Kerajaan oh kerajaan !!!

Saturday, 19 April 2014

BERSARA

Persaraan menjadi perkara penting dalam tahun 2014 ini yang sentiasa difikir-fikir serta mengundang banyak persoalan di dalam diri.

Adakah persaraan sesuatu keputusan yang terbaik padahal tempoh untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam masih ada 5 tahun lagi boleh memberi simpanan yang banyak.

Tetapi hati kecil ini meronta-ronta untuk bersara secepat mungkin kerana tidak tahan dengan pengurusan di pejabat terutamanya yang melibatkan satah bukan teknikal..

Berlatarkan  kelulusan akademik di dalam bidang teknikal, bertugas di jabatan bukan teknikal menjadi satu cabaran  besar yang harus dilalui terutamanya jika berboskan orang bukan teknikal.

Cara bekerja, cara berfikir, cara menyelesaikan masalah amat berbeza jika ianya tidak sealiran. Setiap perkara harus diterangkan tetapi sukar untuk difahami oleh mereka.

Lebih mudah dikatakan bahawa kehadiran staf teknikal seperti saya di jabatan yang saya bertugas sekarang tidak dialu-alukan.

Oleh kerana saya mempunyai pilihan untuk berpencen, maka saya akan berpencen , In Sya Allah pada 1hb. November 2014.

Saya berdoa kepada YANG MAHA BERKUASA agar proses berpencen saya dimudahkan, tidak tersangkut dengan sebarang  masalah dan JPA dapat meluluskan proses berpencen dengan tiada sebarang permasalahan.

Nak pennncennn !!!!!!!


Tuesday, 27 August 2013

SUPERWOMAN

Kebanyakan wanita berkerjaya harini cuba menjadi superwoman. Mereka cuba untuk melakukan segala-galanya dan akhirnya terperangkap dalam masalah yang dicipta sendiri.

Kini saya banyak menerima keluhan daripada wanita terdekat yang mengadu walaupun anak dah besar tetapi masih mengharapkan ibu untuk melakukannya.

Perasaan ibu yang mendalam membuat ibu-ibu terlupa untuk melatih anak-anak untuk membuat kerja-kerja di rumah contoh membasuh baju, seterika baju, memasak, sapu sampah atau apa-apa yang mudah yang perlu ada kepada seorang manusia. Walau sehebat mana pun dia, dia perlu mempunyai kemahiran hidup.

Apabila anak-anak dah besar, ibu pula semakin tua dan kudrat telah berkurangan, masa ini si ibu akan bersungut keraan terpaksa melakukan kerja-kerja sedangkan anak-anak tidak membantu keran telah terbiasa ibu yang melakukannya.

Jadi, salah siapa, salah diri sendiri kerana tidak melatih anak-anak dari kecil

Fikirkan

Monday, 1 July 2013

Bersara

Entah mengapa keseronokan bekerja makin menurun. Kalau boleh hendak bersara sekarang juga tetapi memikirkan hati berkehendakan pencen 60% , maka terpaksa bersabar untuk berkhidmat sehingga bulan Oktober 2014 bagi mencukupkan 30 tahun berkhidmat.

Semua borang-borang dan dokumen telah lengkap dan telah diserahkan kepada Unit Pencen.Rasa tak sabar untuk berpencen

Tetapi harus merangka apa yang akan dibuat selepas berpencen. Keseronokan berpencen akan bertahan selama 3 bulan (dengar cerita orang pencen) sahaja dan selepas itu, kejemuan akan bertandang tanpa diundang. 

Di dalam hati macam-macam perkara hendak dibuat. Ada ketika nak mengajar budak-budak atau orang dewasa belajar Al Quran, ada ketika nak kerja dengan kontraktor, ada juga terfikir nak jual mee rebus dan ada lagi la.

Hati memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar proses berpencen akan berjalan dengan mudah dan tidak tertangguh oleh sebarang masaalah. Juga berdoa agar berpencen adalah keputusan yang paling tepat untuk baki kehidupan yang dah tak lama lagi .

Lama mana lagi untuk menghuni ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.




Saturday, 15 June 2013

BISIKAN HATi

Bulan Syaaban berkunjung lagi, bermakana Ramadhan juga akan menghadirkan diri. Hati berbisik setakat mana keimanan yang dijana dan dimanakan letaknya diri ini disisi Allah Subhanahuwataa'la.

Diri ini masih belum mampu secara istiqamah untuk bangun bertahajud,  melakukan solat sunat, puasa Isnin dan Khamis.

Ya Allah Ya Tuhan ku , bantulah aku untuk aku beribadat kepda MU

Wednesday, 24 April 2013

Kota Kinabalu

Alhamdulillah dengan nikmat yang dikurniakan. Makcik ke Kota Kinabalu kerana hadir satu mesyuarat yang diadalan di Promenade Hotel mulai 8 hingga 11 Oktober 2012


2013

Hari ini dah 24.4.2013, dah nak sambut hari jadi ke 50. Syukur dengan kurniaan Allah SWT