Persaraan menjadi perkara penting dalam tahun 2014 ini yang sentiasa difikir-fikir serta mengundang banyak persoalan di dalam diri.
Adakah persaraan sesuatu keputusan yang terbaik padahal tempoh untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam masih ada 5 tahun lagi boleh memberi simpanan yang banyak.
Tetapi hati kecil ini meronta-ronta untuk bersara secepat mungkin kerana tidak tahan dengan pengurusan di pejabat terutamanya yang melibatkan satah bukan teknikal..
Berlatarkan kelulusan akademik di dalam bidang teknikal, bertugas di jabatan bukan teknikal menjadi satu cabaran besar yang harus dilalui terutamanya jika berboskan orang bukan teknikal.
Cara bekerja, cara berfikir, cara menyelesaikan masalah amat berbeza jika ianya tidak sealiran. Setiap perkara harus diterangkan tetapi sukar untuk difahami oleh mereka.
Lebih mudah dikatakan bahawa kehadiran staf teknikal seperti saya di jabatan yang saya bertugas sekarang tidak dialu-alukan.
Oleh kerana saya mempunyai pilihan untuk berpencen, maka saya akan berpencen , In Sya Allah pada 1hb. November 2014.
Saya berdoa kepada YANG MAHA BERKUASA agar proses berpencen saya dimudahkan, tidak tersangkut dengan sebarang masalah dan JPA dapat meluluskan proses berpencen dengan tiada sebarang permasalahan.
Nak pennncennn !!!!!!!
No comments:
Post a Comment