Mungkin minggu depan penyerahan projek akan dibuat tapi tak taulah . Kalau perunding bagi jaminan kata ok, t & c ok, bilik air ok mungkin kpm terima, jpn terima. Kalau terima pun , banyak masalah baik tak payah terima, menyusahkan pengurusan sekolah sahaja.
Satu hal lagi, dokumen penyerahan yang lengkap dengan as built drawing, construction drawing, warranty, shop drawiing, pentauliahan projek melalui borang g1 hingga g21 serta borang F untuk CCC ( certificate of completion and compliance ) mestilah ada.
Kalau tak ada ccc maka rugilah saja, maknanya projek tidak ditauliahkan dan tidak melalui proses merancang yang betul. Kalau berlaku apa-apa lepas projek diserahkan maka perunding terlepas dari tanggungjawabnya.
Sebenarnya banyak projek-projek yang bermasalah macam ni. APA NAK JADI? Pihak yang bertanggungjawab kenalah betulkan niat, yang mendapat projek, yang mengawas projek, yang mentauliah projek kenalah pasti projek dapat diserah kepada pelanggan dalam keadaan baik dan boleh digunapakai. Bab kecacatan adalah lain. Tempoh tanggungan kecacatan hendakalh dipantau dengan betul-betul. Mesyuarat pelarasan membaiki kecacatan hendaklah diadakan setiap tiga bulan sekali..
Banyak lagi kalau nak cerita, kalau cerita pun, melepaskan geram saja