Pernah satu ketika dulu makcik batuk tak mau baik, hampir 3 bulan terutamanyaselepas waktu tengah malam. Tiap-tiap malam , makcik bangun dan batuk hingga sakit dada dan perut kerana kuat meneran. Kerongkong terasa gatal dan geli.
Akhirnya makcik buat ubat batuk sendiri. Mudah saja. 1/2 cawan cuka kurma atau cuka epal, 3/4 cawan madu asli dan 5 ulas bawang putih yang diketuk. Campurkan kesemuanya dan tiap pagi letak ditepi tingkap selama 1 jam. Panas pagi akan mengeluarkan jus bawang putih. Lakukan selama 3 hari.Simpan dalam peti ais. Bila batuk selawat 3 kali dan minum 1 sudu teh. Punyalah tak sedap. Insyaallah dalam masa 3 hari boleh sembuh.
CUBALAH!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment