Pantun lama yang selalu aruah tokngah dok kata kat budak nakal
ULAR SAWA LEKIAQ
ULAR SAWA BALIK
MAK DI PI LEMPAQ
PAK DIA KUTIP BALIK
Kepada yang suka buang air besar malam-malam pula, aruah tokngah selalu berpantun
KUKUQ NYIOR KUKUQ
KUKUR DALAM TALAM
TIDOQ PUNGKOQ TODOQ
JANGAN BERAK MALAM.
Kan dulu-dulu susah nak ke jamban sebab gelap, nak cari pelita, maka terhasil pantun macam tu.
Mungkin ramai yang tak faham jadi makcik dah bagi makna bahasa lama kedah
Lekiaq = makcik pun tak tau maknanya, betul atau tidak, tak taulah
Lempaq = buang
kukuq = kukur kelapa
pungkoq = punggung
Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK
Friday, 8 June 2012
Pangkat
Seseorang yang dinaikkan pangkat adalah anugerah Allah SWT yang bermakna adanya tanggugjawab yang lebih besar dan lebih besar pula ganjarannya samada di dunia ataupun akhirat.
Jika pangkat dilihat sebagai satu kemuliaan dengan adanya lebih kuasa, lebih ganjaran, lebih dihormati dan lain-lain lebih lagi , maka punahlah segalanya tidak memberi makna dan berkat dan jauh dari pandangan Allah SWT.
Jika pangkat dilihat sebagai satu amanah dari Allah SWT, maka selamatlah maka segala tanggungjawab akan ditunaikan dengan sebaik-baiknya dan menjadi satu ibadah pula.
Satu lagi , janganlah kita memandai-mandai untuk melaksanakan kerja-kerja yang kita bukan pakar dalam bidang tersebut, kerana jika melaksanakan juga maka akan berlaku kemusnahan seperti hadis berkaitan amanah.

Urusan akan rosak
jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.
"Apabila amanah
telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya : Bagaimana
sia-sia? Rasulullah SAW menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang
yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" - (Riwayat Al-Bukhari)
Semuga makcik sentiasa mengingati hadis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)