Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK

Friday, 8 June 2012

Pangkat

Seseorang yang dinaikkan pangkat adalah anugerah Allah SWT yang bermakna adanya tanggugjawab yang lebih besar dan lebih besar pula ganjarannya samada di dunia ataupun akhirat.

Jika pangkat dilihat sebagai satu kemuliaan dengan adanya lebih kuasa, lebih ganjaran, lebih dihormati dan lain-lain lebih lagi , maka punahlah segalanya tidak memberi makna dan berkat dan jauh dari pandangan Allah SWT.

Jika pangkat dilihat sebagai satu amanah dari Allah SWT, maka selamatlah maka segala tanggungjawab akan ditunaikan dengan sebaik-baiknya dan menjadi satu ibadah pula.

Satu lagi , janganlah kita memandai-mandai untuk melaksanakan kerja-kerja yang kita bukan pakar dalam bidang tersebut, kerana jika melaksanakan juga maka akan berlaku kemusnahan seperti hadis berkaitan amanah.

Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.
 "Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya : Bagaimana sia-sia? Rasulullah SAW menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya"  - (Riwayat Al-Bukhari)

Semuga makcik sentiasa mengingati hadis ini.

No comments:

Post a Comment