Semalam makcik pi hospital metro untuk buat mamogram lagi sebab ada biji kecil di sebelah payudara kiri. Kemudian buat pula ultrasound sebab doktor tak puashati sebab tak nampak biji tu. Akhirnya memang sah tak nampak dan kata doktor mungkin lemak tisu sahaja.
Alhamdulillah tak ada apa, cuma nak kena buat biopsi pula di IPPT USM kat Bertam. Sakit ooooo!!!!!!!. Makcik ni dah 3 kali pembedahan kat leher, dan yang major sekali bedah buang kelenjar tiroid ( total thyroidectomy ) pada 2006. Kemudian diikuti dengan rawatan radioactive di unit rawatan nuklear PPUM. Hingga kehari makcik masih sihat dan boleh berulang alik pi kerja dari SP KE Alor Setar.Syukur kepada Allah SWT dengan kesihatan yang diberikan.
Makcik juga tak le harapkan rawatan hospital saja. makcik makan kunyit, air rebusan daun susu nabi, dukong anak, jus pegaga, karot, oren dan durian mengala. Ini adalah makanan yang boleh mengecutkan sel-sel kanser.
Anak makcik pula, kalau mulut dia pecah, dia akan minum air rebusan pokok susu nabi. Banyakkhasiat sebenarnya. Apa pun kalau nak tahu cubalah.
No comments:
Post a Comment