Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK

Saturday, 17 December 2011

BERSYUKURLAH

Membaca yahoo group bekas pelajar TI KEDAH pagi ni , membuat makcik tersedar walaupun makcik seorang pesakit kanser, makcik masih lagi bekerja dan kuat menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ALLH SWT.
Sahabat makcik kelas 5B3, berasal dari Junjung Kedah yang bertugas di JKR kini sedang sakit yang mungkin merupakan kesan dari demam denggi berdarah yang pernah dihadapinya. Setiap manusia akan menghapi dugaan dan ujian dari ALLAH SWT tak kira samada yang kaya, miskin ,berpangkat atau yang berharta.
Kadang-kadang terlintas di hati makcik, senang tengok orang lain yang yang menjalani kehidupan tanpa masaalah. Kehidupan yang tenang, air muka ceria, dikelilingi kaywan-kawan dan keluarga.
Hakikatnya tidak sekali-kali.Setiap manusia di dunia akan b
erhadapan deng an pelbagai  masalah samada masalah yang ditempah syendiri atau ujian dari ALLAH S. Makcik sendiri pernah menerima ujian dari  ALLAH SWT yang membuat makcik terselepuk , menangis dan segala kedukaan terzahir di muka makcik. MASYAALLAH, sungguh hebat dugaan itu, dan sungguh hebat segala perancangan yang ALLAH SWT terhadap makcik.
Hari ini makcik ditimpa musibah, esok nya makcik mendapat surat kenaikan pangkat dan ditukar tempat kerja. ALLAH SWT masih menyayangi makcik danmakcik pun memulakan kerja di temaptbaru , dengan etmosfera baru yang penuh dengan oksigen. SUBHANALLAH.
Kini dah 3 tahun makcik bekerja di sini dan makcik dah mula berangan-angan nak bersara lagi 3 tahun. Kena fikir betul-betul....emh..

No comments:

Post a Comment