Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK

Thursday, 16 February 2012

Muhammad Yasin

Da lama tak tulis kat sini. Malam ni makcik takboleh tidor. Kebiasaanya kalau makcik tak boleh tidor makcik akan minta anak makcik Yasin untuk urut tapak kaki. Tapi sekarang tinggal makcik dan pakcik saja kat rumah. Wafi dan Yasin kat KL belajar, Akmal kat Maahad Tahfiz dan Wafa di Kulim. Selalunya kalau Yasin kat rumah tiap2 malam dia kena urut kaki makcik. yang bestnya Yasin langsung tak membantah. Anak tu cukup mudah, dengar kata, tak mengata orang, tak dengki, pandai berjimat dan tak banyak songeh , tak banyak komplain.

Kini Yasin dah belajar hidup sendiri di KL, belajar sesuatu yang amat disukainya iaitu animasi. dari kecil lagi bakat melukis Yasin dah nampak kersna banyak lukisan2 yang dilukisnya, cantik-cantik pula. Sebelum SPM lagi makcik dah rancang nak bagi Yasin belajar animasi dia pula terus setuju dengan cadangan makcik . dah masuk semester kedua pun. buat anak makcik Yasin, belajarlah rajin2 dan kejarlah cita2 Yasin . maksentiasa mendoakan yang terbaik buat Yasin

Nama Yasin diberikan kerana abahnya berhajat untuk menghafal surah Yasin dan pakcik dah pun berjaya menghafal nya. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment