Dari makcik kecil sampailah sekarang ni , makcik punya angan-angan untuk melancung ke tempat yang makcik ingin. Tapi faktor kewangan menjadi kekangan. Makcik juga berkata, perkara pertama sebelum makcik pi melancung , makcik mesti ke Tanah Suci Mekah dulu. Subhanallah , doa makcik dikabulkan dan makcik dah pun menjadi tetamu ALLAH SWT pada tahun 2010.
Setakat ni makcik dah ke singapura dan Phuket. Semalam makcik ajak anak-anak jalan ke Kuala Kangsar untuk melawat Istana Kenangan dan Galeri Sultan Azlan Shah. Malangnya Istana Kenangan ditutup untuk proses pembaan kerana strukturnya yang tidak kukuh lagi. Jadi tengok kat luar saja.
Meneroka Galeri Sutan Azlan Shah jadi pengubat kerana best juga dengan barang- barang yang dipamerkan. Berdasarkan kepada apa yang dilihat menunjukkan yang Tuanku adalah seorang yang hebat. Seorang pemain hoki, majistret, hakim dan mejadi sultan di negeri Perak serta disayangi rakyat. Baginda pernah menerima hadiah sempena keputeraan iaitu siling emas yang dikeluarkan di negeri Johor. Hingga kini terdapat kira-kira 18 hingga 20 keping saja yang ada.
Koleksi kenderaan yang pernah digunakan Baginda juga hebat. Kebanyakan nya adalah Rolls Royce dan yang besar tapi bentuk tak lawa adalah model Phantom. Warna hitam, tak lawa tapi mahal danmelambangkan status pemilik.
Semasa balik kami singgah di Kuala Sepetang makan mee banjir udang digerai Mak Teh. Nah!!!! puas makan . Semangkuk mee dengan 8 ekor udang laut. sedaaaaaaapppppp. RM 12.00 semangkuk tapi berbaloi. Kalau pi Kuala Sepetang tak makan mee, rugilah. Rupanya di sana juga ada Kota Ngah Ibrahim. SEbab dah lewat kami tak singgah dan balik SP.
No comments:
Post a Comment