Membaca yahoo group bekas pelajar TI KEDAH pagi ni , membuat makcik tersedar walaupun makcik seorang pesakit kanser, makcik masih lagi bekerja dan kuat menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ALLH SWT.
Sahabat makcik kelas 5B3, berasal dari Junjung Kedah yang bertugas di JKR kini sedang sakit yang mungkin merupakan kesan dari demam denggi berdarah yang pernah dihadapinya. Setiap manusia akan menghapi dugaan dan ujian dari ALLAH SWT tak kira samada yang kaya, miskin ,berpangkat atau yang berharta.
Kadang-kadang terlintas di hati makcik, senang tengok orang lain yang yang menjalani kehidupan tanpa masaalah. Kehidupan yang tenang, air muka ceria, dikelilingi kaywan-kawan dan keluarga.
Hakikatnya tidak sekali-kali.Setiap manusia di dunia akan b
erhadapan deng an pelbagai masalah samada masalah yang ditempah syendiri atau ujian dari ALLAH S. Makcik sendiri pernah menerima ujian dari ALLAH SWT yang membuat makcik terselepuk , menangis dan segala kedukaan terzahir di muka makcik. MASYAALLAH, sungguh hebat dugaan itu, dan sungguh hebat segala perancangan yang ALLAH SWT terhadap makcik.
Hari ini makcik ditimpa musibah, esok nya makcik mendapat surat kenaikan pangkat dan ditukar tempat kerja. ALLAH SWT masih menyayangi makcik danmakcik pun memulakan kerja di temaptbaru , dengan etmosfera baru yang penuh dengan oksigen. SUBHANALLAH.
Kini dah 3 tahun makcik bekerja di sini dan makcik dah mula berangan-angan nak bersara lagi 3 tahun. Kena fikir betul-betul....emh..
Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK
Saturday, 17 December 2011
MAMOGRAM LAGI
Semalam makcik pi hospital metro untuk buat mamogram lagi sebab ada biji kecil di sebelah payudara kiri. Kemudian buat pula ultrasound sebab doktor tak puashati sebab tak nampak biji tu. Akhirnya memang sah tak nampak dan kata doktor mungkin lemak tisu sahaja.
Alhamdulillah tak ada apa, cuma nak kena buat biopsi pula di IPPT USM kat Bertam. Sakit ooooo!!!!!!!. Makcik ni dah 3 kali pembedahan kat leher, dan yang major sekali bedah buang kelenjar tiroid ( total thyroidectomy ) pada 2006. Kemudian diikuti dengan rawatan radioactive di unit rawatan nuklear PPUM. Hingga kehari makcik masih sihat dan boleh berulang alik pi kerja dari SP KE Alor Setar.Syukur kepada Allah SWT dengan kesihatan yang diberikan.
Makcik juga tak le harapkan rawatan hospital saja. makcik makan kunyit, air rebusan daun susu nabi, dukong anak, jus pegaga, karot, oren dan durian mengala. Ini adalah makanan yang boleh mengecutkan sel-sel kanser.
Anak makcik pula, kalau mulut dia pecah, dia akan minum air rebusan pokok susu nabi. Banyakkhasiat sebenarnya. Apa pun kalau nak tahu cubalah.

Wednesday, 23 November 2011
PENYERAHAN PROJEK
Harini makcik pi meeting pra penyerahan sebuah sekolah smk di tempat makcik. Projek ni bermula dari tahun 2007 hingga sekarang masih belum serah lagi. Makcik faham kontraktor dah bertahun serabut kepala nak siapkan projek tapi faktor kewangan yang menjadi masalah utama. Kalau ada modal insan yang baik tapi kalau kewangan tak kukuh , itu semua tak bermakna. Kalau ada duit semua jadi , kata katun dalam majalah gila-gila, kalau tak silap makciklah.
Mungkin minggu depan penyerahan projek akan dibuat tapi tak taulah . Kalau perunding bagi jaminan kata ok, t & c ok, bilik air ok mungkin kpm terima, jpn terima. Kalau terima pun , banyak masalah baik tak payah terima, menyusahkan pengurusan sekolah sahaja.
Satu hal lagi, dokumen penyerahan yang lengkap dengan as built drawing, construction drawing, warranty, shop drawiing, pentauliahan projek melalui borang g1 hingga g21 serta borang F untuk CCC ( certificate of completion and compliance ) mestilah ada.
Kalau tak ada ccc maka rugilah saja, maknanya projek tidak ditauliahkan dan tidak melalui proses merancang yang betul. Kalau berlaku apa-apa lepas projek diserahkan maka perunding terlepas dari tanggungjawabnya.
Sebenarnya banyak projek-projek yang bermasalah macam ni. APA NAK JADI? Pihak yang bertanggungjawab kenalah betulkan niat, yang mendapat projek, yang mengawas projek, yang mentauliah projek kenalah pasti projek dapat diserah kepada pelanggan dalam keadaan baik dan boleh digunapakai. Bab kecacatan adalah lain. Tempoh tanggungan kecacatan hendakalh dipantau dengan betul-betul. Mesyuarat pelarasan membaiki kecacatan hendaklah diadakan setiap tiga bulan sekali..
Banyak lagi kalau nak cerita, kalau cerita pun, melepaskan geram saja
Wednesday, 16 November 2011
PENAWAR BATUK
Pernah satu ketika dulu makcik batuk tak mau baik, hampir 3 bulan terutamanyaselepas waktu tengah malam. Tiap-tiap malam , makcik bangun dan batuk hingga sakit dada dan perut kerana kuat meneran. Kerongkong terasa gatal dan geli.
Akhirnya makcik buat ubat batuk sendiri. Mudah saja. 1/2 cawan cuka kurma atau cuka epal, 3/4 cawan madu asli dan 5 ulas bawang putih yang diketuk. Campurkan kesemuanya dan tiap pagi letak ditepi tingkap selama 1 jam. Panas pagi akan mengeluarkan jus bawang putih. Lakukan selama 3 hari.Simpan dalam peti ais. Bila batuk selawat 3 kali dan minum 1 sudu teh. Punyalah tak sedap. Insyaallah dalam masa 3 hari boleh sembuh.
CUBALAH!!!!!!!!!!!

Wednesday, 26 October 2011
MANUSIA CEPAT LUPA
Hari ini terasa sengal di tepi dagu sebelah kiri, sebelah yang limp node positif dengan kanser. Cepat terlintas di hati adakah sel kanser yang selama ini tidor dah terjaga dan kembali aktif.
Telah berlalu lima tahun hidup sebagai pesakit kanser. Banyak doa-doa yang dipohon semasa wukuf di Padang Arafah yang telah dimakbulkan ALLAH SWT. Maknanya ALLAH Maha Mendengar segala yang diadukan kepadaNYA. Setiap insan yang menjadi tetamuNYA membawa berbagai-bagai cerita dan kisah untuk untuk diadu dan dipohon kepdaNYA..
Selepas selesai mengerjakan haji dan kembali ke tanah air, kekuatan untuk melaksanakan ibadah sebagaimana semasa berada di tanah suci masih kuat tetapi kadang-kadang terdetik di dalam hati yang ianya makin menipis. Keimanan kepada ALLAH SWT mesti sentiasa dicari dengan melakukan ibadat dengan lebih istiqomah. Sukar untuk istiqomah dalam melakukan ibadah. Inilah kelemahan yang ada dalam diri ini. Melakukan ibadah sentiasa perlu dijana dengan berbagai cara seperti mendengar ceramah ugama membaca kisah-kisah balasan ALLAH SWT kepada manusia yang melakukan dosa, ziarah orang yang sakit
atau apa saja cara untuk melembutkan hati dan menangis takutkan azab AALAH SWT.
Sujudku kepada MU hanyalah kerana MU. Subhanallah

Friday, 14 October 2011
Bermulanya
Bermulanya hari ini dengan kewujudan blog sendiri. Dah lama berangan untuk mempunyai blog sendiri tetapi apa yang nak ditulis. Cukup dulu.
makcik TA
makcik TA
DUGAAN DATANG
Hari ini dugaan tiba-tiba datang. Rasa sakit yang amat sangat disebelah kanan perut. Dah lama tak rasa macam ni. Selepas disapu minyak panas rasa sakit semakin kurang dan tertidur. Sekarang dah ok. Syukur kepda ALLAH TAALA yang telah memberi kesembuhan. SESUNGGUHNYA TIDAK PENAWAR YANG MENYEMBUHKAN MELAINKAN HANYA DENGAN PENAWAR MU
Subscribe to:
Posts (Atom)