Firma Allah SWT Ayat 2 Surah Al'Ankabut
' Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
BERCAKAP TANPA MENGINGATI ALLAH SWT ADALAH RIAK
Thursday, 2 August 2012
Ramadhan
Harini dah hari ke 13 umat Islam berpuasa. Bagaimana hendak menilai puasa yang yang telah dijalani. Hari pertama agak letih tapi sekarang dah ok.
Sukarnya mencuba untuk menhan segala nafsu, makan minum boleh tahan, menhan mata dan telinga agak sukar. Perasaan marah kepada seseorang akan diiringi dengan mengata. Sukarnya untuk tidak marah atau tidak suka kepada seseorang. Lebih malang lagi jika ada teman yang dok bersembang dan bercerita hal orang dalam bilik kita.
Menahan nafsu untuk berbuka juga amat sukar. Jika pasangan kita seorang yang berbelanja di pasar ramadhan, maka penuhlah meja semasa berbuka dan pasti ada pembaziran.
Friday, 8 June 2012
Pantun Lama
Pantun lama yang selalu aruah tokngah dok kata kat budak nakal
ULAR SAWA LEKIAQ
ULAR SAWA BALIK
MAK DI PI LEMPAQ
PAK DIA KUTIP BALIK
Kepada yang suka buang air besar malam-malam pula, aruah tokngah selalu berpantun
KUKUQ NYIOR KUKUQ
KUKUR DALAM TALAM
TIDOQ PUNGKOQ TODOQ
JANGAN BERAK MALAM.
Kan dulu-dulu susah nak ke jamban sebab gelap, nak cari pelita, maka terhasil pantun macam tu.
Mungkin ramai yang tak faham jadi makcik dah bagi makna bahasa lama kedah
Lekiaq = makcik pun tak tau maknanya, betul atau tidak, tak taulah
Lempaq = buang
kukuq = kukur kelapa
pungkoq = punggung

Pangkat
Seseorang yang dinaikkan pangkat adalah anugerah Allah SWT yang bermakna adanya tanggugjawab yang lebih besar dan lebih besar pula ganjarannya samada di dunia ataupun akhirat.
Jika pangkat dilihat sebagai satu kemuliaan dengan adanya lebih kuasa, lebih ganjaran, lebih dihormati dan lain-lain lebih lagi , maka punahlah segalanya tidak memberi makna dan berkat dan jauh dari pandangan Allah SWT.
Jika pangkat dilihat sebagai satu amanah dari Allah SWT, maka selamatlah maka segala tanggungjawab akan ditunaikan dengan sebaik-baiknya dan menjadi satu ibadah pula.
Satu lagi , janganlah kita memandai-mandai untuk melaksanakan kerja-kerja yang kita bukan pakar dalam bidang tersebut, kerana jika melaksanakan juga maka akan berlaku kemusnahan seperti hadis berkaitan amanah.

Urusan akan rosak
jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.
"Apabila amanah
telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya : Bagaimana
sia-sia? Rasulullah SAW menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang
yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" - (Riwayat Al-Bukhari)
Semuga makcik sentiasa mengingati hadis ini.
Saturday, 12 May 2012
WE ARE FAMILY
MAkcik hanyut dalam perasaan tengok filem hindi 'WE ARE FAMILY' yang mengisahkan seorang ibu yang mempunyai kanser yang tiada harapan untuk sembuh membuat persediaan pengganti dirinya untuk anak-anaknya yang masih kecil.
Airmata tak tertahan mengalir laju, panas pipi makcik. Tapi anak-anak makcik dah besar. Bila ada saja cerita kanser punggung makcik melekat kat sofa nak tengok sampai habis. Punyalah menghayati....layan perasaan.
Orang lain tak buat macam makcik, ikut perasaan sangat

Monday, 9 April 2012
Tuesday, 20 March 2012
BAHAGIA
Bahagia itu apa? Di mana letaknya bahagia? Bagaimana mencari bahagia? Bahagia di dunia tidak kekal. Bahagia di akhirat adalah bahagia selama-lamanya. Namun bahagia di akhirat tidak akan dapat dicapai tanpa sebarang usaha di dunia.
Semuga diri sentiasa istiqamah dalam mencari kebahagian yang abadi. Insya Allah

Monday, 5 March 2012
Thursday, 16 February 2012
Muhammad Yasin
Da lama tak tulis kat sini. Malam ni makcik takboleh tidor. Kebiasaanya kalau makcik tak boleh tidor makcik akan minta anak makcik Yasin untuk urut tapak kaki. Tapi sekarang tinggal makcik dan pakcik saja kat rumah. Wafi dan Yasin kat KL belajar, Akmal kat Maahad Tahfiz dan Wafa di Kulim. Selalunya kalau Yasin kat rumah tiap2 malam dia kena urut kaki makcik. yang bestnya Yasin langsung tak membantah. Anak tu cukup mudah, dengar kata, tak mengata orang, tak dengki, pandai berjimat dan tak banyak songeh , tak banyak komplain.
Kini Yasin dah belajar hidup sendiri di KL, belajar sesuatu yang amat disukainya iaitu animasi. dari kecil lagi bakat melukis Yasin dah nampak kersna banyak lukisan2 yang dilukisnya, cantik-cantik pula. Sebelum SPM lagi makcik dah rancang nak bagi Yasin belajar animasi dia pula terus setuju dengan cadangan makcik . dah masuk semester kedua pun. buat anak makcik Yasin, belajarlah rajin2 dan kejarlah cita2 Yasin . maksentiasa mendoakan yang terbaik buat Yasin
Nama Yasin diberikan kerana abahnya berhajat untuk menghafal surah Yasin dan pakcik dah pun berjaya menghafal nya. Alhamdulillah

Saturday, 7 January 2012
JALAN-JALAN
Dari makcik kecil sampailah sekarang ni , makcik punya angan-angan untuk melancung ke tempat yang makcik ingin. Tapi faktor kewangan menjadi kekangan. Makcik juga berkata, perkara pertama sebelum makcik pi melancung , makcik mesti ke Tanah Suci Mekah dulu. Subhanallah , doa makcik dikabulkan dan makcik dah pun menjadi tetamu ALLAH SWT pada tahun 2010.
Setakat ni makcik dah ke singapura dan Phuket. Semalam makcik ajak anak-anak jalan ke Kuala Kangsar untuk melawat Istana Kenangan dan Galeri Sultan Azlan Shah. Malangnya Istana Kenangan ditutup untuk proses pembaan kerana strukturnya yang tidak kukuh lagi. Jadi tengok kat luar saja.
Meneroka Galeri Sutan Azlan Shah jadi pengubat kerana best juga dengan barang- barang yang dipamerkan. Berdasarkan kepada apa yang dilihat menunjukkan yang Tuanku adalah seorang yang hebat. Seorang pemain hoki, majistret, hakim dan mejadi sultan di negeri Perak serta disayangi rakyat. Baginda pernah menerima hadiah sempena keputeraan iaitu siling emas yang dikeluarkan di negeri Johor. Hingga kini terdapat kira-kira 18 hingga 20 keping saja yang ada.
Koleksi kenderaan yang pernah digunakan Baginda juga hebat. Kebanyakan nya adalah Rolls Royce dan yang besar tapi bentuk tak lawa adalah model Phantom. Warna hitam, tak lawa tapi mahal danmelambangkan status pemilik.
Semasa balik kami singgah di Kuala Sepetang makan mee banjir udang digerai Mak Teh. Nah!!!! puas makan . Semangkuk mee dengan 8 ekor udang laut. sedaaaaaaapppppp. RM 12.00 semangkuk tapi berbaloi. Kalau pi Kuala Sepetang tak makan mee, rugilah. Rupanya di sana juga ada Kota Ngah Ibrahim. SEbab dah lewat kami tak singgah dan balik SP.

Subscribe to:
Posts (Atom)